PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ BERSEPADU
Wakaf Pendidikan Untuk Generasi Al-Quran
Satu inisiatif wakaf bagi membangunkan sebuah Kompleks Tahfiz yang selesa, selamat dan kondusif demi melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu, berakhlak serta memberi manfaat kepada ummah.
Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang pahalanya berterusan selagi ilmu Al-Quran diajarkan dan diamalkan.
Peluang Amal Jariah
Bina saham akhirat bersama kami
Sumbangan anda membantu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih kondusif untuk para pelajar tahfiz.
Kenali Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) ialah institusi pendidikan Islam bersepadu yang menjadikan penghafalan Al-Quran sebagai teras utama, disertai pembinaan sahsiah, disiplin dan ilmu yang seimbang.
Institusi ini digerakkan atas tuntutan fardu kifayah dan bukan berorientasikan keuntungan. Asas pembangunan dan kelangsungan prasarana disokong melalui wakaf serta sumbangan masyarakat.
Projek pembinaan kompleks ini bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan tersusun, di samping menampung permintaan kemasukan pelajar yang semakin meningkat.
*Selepas wakaf, anda boleh WhatsApp bukti transaksi untuk rekod & resit.
Pengenalan Projek Wakaf Pembinaan Kompleks Tahfiz
Projek ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan prasarana pendidikan Al-Quran yang semakin berkembang. Dengan pertambahan pelajar serta kekangan kemudahan sedia ada, pembinaan Kompleks Tahfiz yang lebih tersusun dan kondusif menjadi keutamaan.
Apa yang sedang kita usahakan
Kompleks ini dirancang sebagai pusat pembelajaran bersepadu yang menitikberatkan hafazan Al-Quran, pembinaan sahsiah, disiplin dan kecemerlangan akademik—dalam suasana yang selamat, bersih dan teratur.
Mengapa wakaf ini dibuka
Melalui wakaf ini, masyarakat diberi peluang untuk menyumbang kepada satu amal jariah yang manfaatnya berpanjangan selagi ia digunakan untuk pendidikan dan kebajikan.
Pembinaan Kompleks Sedang Berjalan
Projek pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz ini dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan kelangsungan pembangunan yang teratur dan berimpak tinggi.
Pembinaan Asas Kompleks Telah Bermula
Fasa pertama melibatkan kerja-kerja awal pembinaan termasuk penyediaan tapak, struktur asas dan perancangan kejuruteraan bagi pembinaan Kompleks Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah cawangan Bangi.
Fasa ini menjadi asas penting kepada keseluruhan pembangunan bagi memastikan struktur yang kukuh, selamat dan mematuhi piawaian pembinaan.
Fasa Kedua Perlu Dipercepatkan
Fasa kedua melibatkan penyempurnaan struktur bangunan, dinding, bumbung serta kemudahan dalaman bagi membolehkan kompleks ini digunakan sepenuhnya.
Sokongan wakaf dan sumbangan amat diperlukan bagi mengelakkan kelewatan, peningkatan kos, serta memastikan pelajar dapat memanfaatkan kemudahan ini secepat mungkin.
Sumbang Untuk Percepatkan PembinaanKemudahan Yang Dirancang Dalam Kompleks Tahfiz
Kompleks ini dirancang sebagai pusat pendidikan bersepadu—bukan sekadar ruang kelas, tetapi ekosistem lengkap untuk hafazan, tarbiah, disiplin dan kebajikan pelajar.
Fokus Utama
Persekitaran selamat, bersih & kondusif untuk pendidikan Al-Quran
Ruang Solat & Ibadah
Ruang ibadah yang selesa untuk solat berjemaah, tazkirah dan pengukuhan rohani harian.
Bilik Kuliah & Kelas Hafazan
Kelas tersusun untuk hafazan, talaqqi, murajaah dan pembelajaran berkualiti.
Asrama Pelajar
Penginapan selamat dan terjaga bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara.
Ruang Pembelajaran Sokongan
Ruang rujukan, latihan dan pengukuhan akademik pelajar.
Dewan Serbaguna
Dewan untuk program, perhimpunan dan aktiviti komuniti.
Kemudahan Pengurusan
Ruang pengurusan sistematik untuk operasi dan rekod institusi.
Target kami untuk pembinaan MTS cawangan Bangi bagi Fasa Kedua
Sasaran siap dibina pada 31 Disember 2026
Sumbang Untuk Capai Target Fasa KeduaKelulusan & Pengiktirafan
Setiap sumbangan anda diurus dengan amanah. Institusi ini bergerak secara telus dan mengutamakan manfaat pendidikan Al-Quran untuk ummah.
Kelulusan Rasmi & Kelayakan Potongan Cukai
Setiap sumbangan wakaf yang disalurkan adalah diurus secara sah, telus dan diiktiraf oleh pihak berautoriti.
Setiap sumbangan anda layak mendapat potongan cukai LHDN kerana projek ini telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) juga berdaftar secara rasmi di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai penerima penolong Amil Zakat.
Ini bermakna, selain menyumbang kepada pembangunan pendidikan Al-Quran dan saham akhirat yang berpanjangan, anda juga boleh menuntut pelepasan cukai mengikut peruntukan yang ditetapkan.
- Kelulusan rasmi daripada badan berautoriti
- Pengurusan dana wakaf secara telus dan beramanah
- Sumbangan layak untuk potongan cukai LHDN
Pakej Pilihan Wakaf
Pilih pakej, semak jumlah, kemudian teruskan ke pembayaran selamat melalui CHIP.
Nota: Jumlah unit/kuantiti akan diselaraskan di halaman checkout.
Anda akan dibawa ke halaman checkout untuk buat pembayaran melalui CHIP.